thumbnail

5 cedera terkena letupan bunga api di Klang

KLANG 1 JAN: Letupan bunga api sambutan malam tahun baru menyebabkan lima cedera terkena letupan di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, tengah malam tadi.

Keadaan menjadi kelam kabut selepas bunga api yang diguna untuk pertunjukan bagi menyambut tahun baharu meletup sebelum sempat ke udara sehingga terkena penonton yang menyaksikannya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya dimaklumkan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

“Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Pada masa ini, seramai lima mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang dan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian,” katanya.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...