MOSCOW 26 DIS: Pesawat tentera milik Kementerian Pertahanan Rusia, TU-154 yang terhempas pada Ahad yang mengorbankan 92 nyawa dilaporkan turut membawa kumpulan koir tentera bagi majlis sambutan di Syria.
Menurut laporan portal berita Rusia, RT, sebahagian besar penumpang pesawat malang itu terdiri daripada 60 ahli kumpulan koir dikenali sebagai Alexandrov Ensemble.
Pesawat malang itu hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ketika melintasi ruang udara di Laut Hitam berdekatan pesisiran Sochi.
Pesawat itu membawa 84 penumpang dan lapan krew terhempas di Laut Hitam dalam perjalanannya ke Syria turut membawa beberapa wartawan dan pegawai tentera Rusia.
Kira-kira 3,000 terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat bagi mencari serpihan dan usaha mencari mayat mangsa tragedi itu.
=EZY=
Sumber Selangorkini
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments