thumbnail

Gabungan sokong gesaan RMS agar MB rombak FAS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 DIS: Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan) menyambut baik kenyataan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menginginkan rombakan dilakukan terhadap kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Setiausahanya, Mohd Amri Mohd Yusof, berkata gesaan Raja Muda Selangor supaya perubahan itu digerakkan Presiden FAS, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, turut disokong pihaknya.

“Gabungan komited bahawa titah Raja Muda Selangor amat jelas bahawa Mohamed Azmin harus memimpin perubahan dalam FAS dengan menyingkirkan muka lama dan digantikan dengan pasukan pentadbiran baru lebih cekap.

“Justeru Gabungan berharap agar barisan Exco FAS tidak menderhakai titah baginda dan bermuhasabah diri.

“Rakyat serta penyokong Selangor seluruhnya berdiri teguh di belakang Tengku Amir Shah dan bersedia mempertahankan titah baginda dengan seluruh taat setia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kenyataan itu dibuat menyatakan sokongan terhadap gesaan Raja Muda Selangor dengan Dato’ Menteri Besar melaksanakan proses perubahan.

Ini berikutan salah lapor media mengambil komen individu tidak dikenali yang memetik “Gabungan atau Penyokong mahukan Raja Muda Selangor sebagai Presiden FAS yang baru”.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...