thumbnail

Laluan khas berbasikal jamin keselamatan pelajar

SAUJANA UTAMA 26 DIS: Beberapa kawasan di sini diwujudkan laluan khas berbasikal berhampiran sekolah bagi menjamin keselamatan anak penduduk pada sesi persekolahan Januari depan.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 8A, Mohd Fakaruddin Ismail berkata, laluan khas berbasikal di sepanjang taman perumahan berhampiran sekolah menjadi simbolik keprihatinan MDKS dan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama terhadap keselamatan anak penduduk.

Katanya, Kempen Kesedaran Laluan Basikal Saujana Utama dijangka dianjurkan pada 1 Januari nanti bagi memastikan orang ramai peka dengan laluan berbasikal ini.

“Kita wajar contohi negara maju menjadikan basikal kenderaan utama dan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya membabitkan penunggang basikal tinggi.

“Kesedaran sama mahu diterapkan kalangan penduduk terutamanya ibu bapa di kawasan ini supaya dapat bersama berkempen supaya laluan basikal ini lebih selamat,” katanya lapor Sinar Harian.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...