thumbnail

Perbaharui lesen anjing secara online, patuhi prosedur

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JAN: Permohonan dan pembaharuan Lesen Anjing Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi 2017 akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (Online).

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan berkata, inisiatif terbaru itu bertujuan memudahkan pemilik anjing untuk memperbaharui lesen anjing dengan lebih mudah.

“Pemohon berkaitan digalakkan membuat semakan berkenaan prosedur sebelum melaksanakan permohonan dan pembaharuan Lesen Anjing.

“Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu mencetak sijil lesen sendiri dan mengambil lencana lesen anjing di tempat disediakan,” katanya dalam kenyataan.

Lencana lesen boleh diambil di Jabatan Kesihatan MPSJ, Tingkat 6, No. 22-6 Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya.

Pada hari Isnin hingga Khamis, lecen boleh diambil bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sementara itu, waktu operasi hari Jumaat pula adalah 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 4.30 petang.

Untuk membuat permohonan dan pembaharuan lesen berkenaan, pemohon diwajibkan mendaftar sebagai ahli @MPSJ terlebih dahulu dengan melayari laman web MPSJ di @www.mpsj.gov.my.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

1 Comments

avatar

terima kasih atas perkongsian, dog licence malaysia

Reply Delete

loading...