thumbnail

Singkap formula hijrah Nabi Muhammad lahir generasi takwa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 JAN: Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke arah pembentukan insan yang lebih takwa, seiring tuntutan dan ajaran Islam.

Pendakwah bebas, Elyas Ismail berkata, kisah tersebut wajar dijadikan pedoman masyarakat khususnya golongan muda sebagai landasan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan perpaduan ummah.

“Formula yang dibawa Nabi Muhammad sewaktu peristiwa hijrah itu wajar dijadikan renungan setiap anggota masyarakat.

“Sewaktu peristiwa Hijrah, perkara pertama yang dilakukan Nabi Muhammad ketika penghijrahan dibuat dengan membina masjid dahulu.

“Daripada masjidlah akan terlahir generasi takwa kerana masjidlah akan membentuknya amalan mahmudah,” katanya pada sesi bual santai, Malam GeMS Ambang 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam perkembangan itu, beliau berkata, pembentukan masyarakat takwa juga bergantung kepada pengukuhan institusi kekeluargaan yang dimainkan peranan sepenuhnya oleh ibu bapa.

“Peranan ibu dan ayah juga penting ke arah melahirkan individu takwa kerana kalau ibu bapa cakna terhadap amalan solat, terlahirlah institusi keluarga yang takwa dan harmoni,” katanya.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...