thumbnail

Ustaz Elyas: Setiap saat kita perlu berazam

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 JAN : Perubahan sifat peribadi yang lebih positif dalam kalangan diri setiap insan tidak bersandarkan niat dan azam individu menjelang tahun baru sahaja, kata pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuan ke arah perubahan yang lebih positif perlu kekal dalam diri setiap insan ke arah menjadi insan yang lebih baik dan diredhai.

“Tidak semestinya kita perlu ada azam baru untuk timbul rasa keinsafan itu baru nak berubah.

“Tetapi sentiasalah bersedia dan mengharapkan Husnul Khatimah sekiranya waktunya itu tiba.

“Setiap saat kita perlu berazam dengan melakukan amalan soleh demi mendapat keberkatan dariNya,” katanya pada sesi bual santai, Malam GeMS Ambang 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Dalam perkembangan itu, sambutan tahun baru peringkat negeri malam tadi dijayakan penuh istiqamah dengan pengisian program-program ilmu yang mengangkat tema kemanusiaan.

Pengisiannya turut tertumpu kepada tayangan video kesengsaraan masyarakat Rohingya dan penduduk Aleppo Syria yang dizalimi.

Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan program bual santai dan persembahan lagu-lagu kemanusiaan dan keagamaan oleh Aiman Tino, Ali XPDC, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Don Daniyal.

=EZY=



Sumber Selangorkini

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...