thumbnail

" Kesian Afiq! Hasad dengki bangsa sendiri menjerat jutawan berusia 19 Tahun " - Ahmed Zafuan

Berikutan pendedahan yang di buat oleh beberapa akhbar terkenal Malaysia mengenai kisah di sebalik Jutawan barang tiruan, rata-rata ramai yang mengkeji King Afiq malah ada yang menyokong, apa pun pandangan di harapkan semua pihak bertenang, ini salah satu pandangan terhadap King Afiq yang di share lebih seribu orang di Facebook

" Saya kenal afiq ini secara dekat dan dia adalah teman baik anak saya.... beliau beraklak berilmu baik cuma masih muda...

saya kecewa melihat metro dan media membuat andaian bermacam macam terhadap afiq ini cara media memainkan isu ini tidak membina persepsi yang baik tapi cuba membunuh semangat orang muda untuk berniaga dan berjaya.. 

kononnya beliau menjual dan raja barang tiruan...dan macam2 kata kata tak baik di gunakan untuk menghina beliau...barang tiruan ni dah ada puluhan tahun terutama di petaling stret dan di sunway mall di amcop mall dan macam macam tempat di malaysia ni menjual barang tiruan tapi metro dan mereka yg terlibat biarkan jer...

Afiq ni jual secara on line dan semua pembeli pun tahu itu barangan yg di beli dari china...pembeli tak kisah pun kerana mereka beli dengan harga yg sesuai...tetapi bila pihak berkuasa ambil tindakan dan keluar pula metro macam macam komen yang tak baik....

sedangkan lazada ke ali baba ker atau banyak lagi syarikat pun menjual berbagai barang tiruan juga tidak pulak kecoh...malah china pengeluar utama barangan tiruan rakan baik malaysia...tak kisah pun...tapi anak muda yg berniaga secara baik dan berjaya itu lah yg di buru...

Apa pun afiq pak cik bangga dengan kamu....dan ini ujian kecil sahaja utk kamu...selamat maju jaya....pesanan pak cik satu jer masyarakat kita masih tak boleh menerima kerjayaan seseorang terutama anak muda melayu....ada syak di hati mereka kita ni jahat...jual dadah...buat kerja tak betul...dan sebagainya....hati2 lah...simpan kerjayaan itu dari mata mata yg jahat dan hasad...pak cik juga di masa muda melalui perkara yang sama... " - Hamdan Taha

" Hasad dengki bangsa sendiri menjerat King Afiq saya hairan tengok orang kita ni sepatutnya mereka bangga dengan usaha keras anak muda ini " - Ahmed Zafuan

Koleksi video viral edisi 2017


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

1 Comments

loading...