SHAH ALAM, 19 JAN: Enam perpustakaan yang dinaik taraf Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
Pengarahnya, Mastura Muhamad berkata kerja itu mengikut jadual yang ditetapkan dan diharap dapat menarik masyarakat setempat mengunjunginya.
“Tahun ini antara lokasi perpustakaan yang dijangka siap adalah Dataran Sabak, Kampung Endah Banting, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Tanjong Karang.
“Segalanya berjalan lancar dan kita harap semuanya dapat dirasmikan mengikut jadual dirancang,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau berkata, PPAS turut merancang membangunkan perpustakaan di Hulu Langat sementara bagi kawasan Kerling, dan Puchong Indah pihaknya mahu tampil dengan konsep pembinaan berasaskan kontena pada 2021.
“Kita berharap ada syarikat swasta yang sudi bekerjasama membangunkan perpustakaan dengan konsep kontena supaya idea lebih baik dapat ditampilkan sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments