thumbnail

Ekspo Teknologi Malaysia: Unisel raih dua emas, satu anugerah khas

SHAH ALAM, 23 FEB: Skuad Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Universiti Selangor (Unisel) menggondol dua pingat emas melalui kategori Anugerah Inovasi Pemuda Asia, sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2020.

Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 20 Februari hingga semalam turut menyaksikan skuad diketuai Dr Hazeeq Hazwan Azman merangkul Anugerah Khas daripada Euro Business Haller Poland.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata dua produk dibawa pada pertandingan inovasi peringkat antarabangsa meliputi modul STEM Query dan enam kit pembelajaran STEM Query.

“Mereka membangunkan modul ini melalui Program Mentor Mentee STEM 2019 menggunakan dana Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Skuad terdiri daripada 24 pelajar dan 14 pensyarah gabungan Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Institut Bio IT, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat termasuk Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Kemenangan ketiga berturut-turut diraih STEM Unisel yang aktif menyertai pertandingan inovasi bermula 2018 dan sebelum ini pernah menerima Anugerah Khas: Projek Paling Inovatif (MTE2018) serta meraih pingat emas pada MTE2019.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...