thumbnail

Kenali pokok di taman rekreasi Kampung Sijangkang menerusi kod QR

SHAH ALAM, 10 MAC: Orang ramai yang berkunjung ke Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang dekat sini kini boleh mendapat maklumat mengenai setiap spesies pokok menerusi teknologi imbasan Sentuhan Kod Respon Pantas (QR).

Pendigitalan informasi di taman itu dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Universiti Putra Malaysia.

Ketua projeknya, Prof Madya Dr Zaiton Samdin dalam kenyataan baru-baru ini berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat asas mengenai spesies pokok di taman berkenaan.

“Projek ini bertepatan dengan pelaksanaan “Kuala Langat Eco Edu-Recreational Mangrove Park” yang menyasarkan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau sebagai potensi kawasan pelancongan yang mampan dan lestari,” katanya.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...