SHAH ALAM, 30 APRIL: Sebanyak 25 kes import Covid-19 hari ini adalah melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari enam negara, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Daripada 25 kes itu, 12 adalah rakyat Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) , Mesir (6), Singapura (3), Norway (2), Indonesia dan UK masing-masing 1 kes,” tulis KKM menerusi Twitternya, hari ini.
Malaysia merekodkan 57 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 25 daripadanya melibatkan kes import.
Semalam negara merekodkan 94 kes baharu Covid-19 dengan 72 daripadanya kes import membabitkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.
Malaysia merekodkan jumlah kes positif harian kurang dari 100 sejak 17 April lalu. KKM menyasarkan jumlah kes harian Covid-19 turun kepada satu angka pertengahan Mei ini.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments