SHAH ALAM, 8 JUN: Selangor mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 hari ini dengan hanya tiga kes berbanding 12 semalam, menurut data Bilik Gerakan Negeri.
Keseluruhannya, sejumlah 1,968 kes direkodkan dengan 219 daripadanya aktif. Hulu Langat mencatatkan 91 kes aktif manakala Sepang dengan 68 kes.
“Dua kes kontak rapat dicatatkan di Sepang manakala satu lagi kes import yang mendapat jangkitan dari India,” menurut bilik gerakan itu.
Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,624 pesakit di negeri ini sembuh sementara angka korban kekal 23 orang.
Malaysia pertama kali merekodkan satu angka kes Covid-19 hari ini dengan hanya tujuh kes, terendah sejak 12 Mac lalu, iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Negara merekodkan enam kes baharu Covid-19 pada 8 Mac dan sembilan kes pada 12 Mac.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments