thumbnail

Amirudin: Dasar PN mirip BN, abai semangat reformasi

AMPANG, 26 JULAI: Dasar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin mirip pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila mula menekan media dan parti pembangkang, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata ia jelas bukan ciri-ciri reformasi pentadbiran sebaliknya cuba memberikan nyawa semula kepada UMNO dan BN kembali berkuasa.

“Indeks kebebasan media melonjak dalam tempoh 22 bulan negara ditadbir Pakatan Harapan (PAKATAN) tetapi kini merosot semula.

“Masa mula-mula mentadbir, PN kata kerajaan hari ini merupakan kerajaan untuk rakyat tetapi sebaliknya berlaku apabila peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang turut ditarik,” katanya berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Dato’ Menteri Besar juga tidak menolak kemungkinan PN berdepan masalah untuk menentukan logo parti bakal digunakan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Lama-kelamaan PN akan jadi khadam UMNO dan BN, nanti apabila PRU15 calon PN guna logo serta bendera UMNO dan BN, kita tengoklah nanti,” katanya.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...