thumbnail

Jumlah kelahiran, kematian lelaki melebihi perempuan

PUTRAJAYA, 12 NOV: Sebanyak 116,434 kelahiran hidup direkodkan pada suku ketiga tahun ini, turun 5.9 peratus berbanding 123,751 kelahiran dalam tempoh sama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata dalam tempoh berkenaan, kelahiran bayi lelaki melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing 60,090 berbanding 56,344 kelahiran.

Secara keseluruhannya, Mohd Uzir berkata penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga 2020 dianggarkan berjumlah 32.69 juta, meningkat 0.4 peratus berbanding 32.56 juta pada suku tahun ketiga 2019.

“Jumlah penduduk ini merangkumi 29.78 juta orang (91.1 peratus) warganegara dan 2.92 juta orang (8.9 peratus) bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.82 juta dan 15.88 juta dengan nisbah jantina adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Katanya, penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) menurun kepada 7.59 juta berbanding 7.64 juta pada suku ketiga 2019, manakala yang berumur 65 tahun ke atas (umur tua) meningkat daripada 2.22 juta kepada 2.32 juta bagi tempoh sama.

Menurutnya, Malaysia merekodkan sebanyak 43,178 kematian bagi suku ketiga 2020, dengan 24,909 daripadanya adalah lelaki, manakala 18,269 lagi adalah perempuan.

Mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata sehingga semalam, sebanyak 16.6 peratus isi rumah telah selesai mengisi e-Census, melibatkan 15.6 peratus penduduk.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melengkapkan e-Census sebelum tarikh tutup atau pembanci akan ke rumah anda bermula 20 Januari hingga 6 Februari 2021,” katanya.

Dianggarkan sembilan juta kediaman akan diliputi semasa Banci 2020, melibatkan 32.7 juta penduduk, katanya.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...